18 November 2009

Nur Kasih

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain untuk setiap insan
Melayarkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih


Layan btol aku dgr lagu nih.. Skrg nih aku dah kira mcm addicted to this drama.. Mula2 dulu xlayan sgt.. coz aku xminat sgt drama melayu nih.. Mak aku la penyebab utama aku ketagih layan crita nih.. Selalu dia yg layan.. Maklumla tv kat umah pun ada satu ja.. Aku terpaksa layan gak laa.. Bila dah tgk.. hmm menarik la plak.. Skrg nih aku dah xlepas tgk.. Skrg tgh recap blk episod yg lama2.. Tuesday to Friday, non-stop, xda iklan.. Mak aku kesiankan Nur tapi aku lebih kesiankan si Abang, Aidil... Pergh... Payah oo nak cari org yang mcm nih skrg.. Byk berkorban... Demi keluarga...

Member aku sampai kata aku gila dok layan crita nih.. Gi mampos la.. Janji aku layan... Jgn marah ek...

03 November 2009

Resign...!!!!



Hari ni aku dah nekad nak resign from this bullshit company.. Kawan aku, Bob, pun nak join aku lari jauh dari sini.. Kami sama2 dah sepakat nak resign sekali.. Mcm aku, dia pun dah tak tahan dgn karenah management kat sini.. Surat kami dah buat cuma blom hantar lg.. Jap lagi kami nk jumpa dgn HR officer..

Kesian HR officer aku, dia menanggis bila dapat tau aku & Bob nak berhenti.. Dia suruh kami sabar.. Tp, sampai bila nak sabar...?? Aku tak salahkan HR aku.. Dia mmg best la.. Mmg memahami.. But we are sorry.. We have to do it...

Aku minta tlg kawan2 tlg carikan keja kat aku.. Bob mungkin g KL... Aku ada minta tlg kat Luqman (best fren aku merangkap abg aku) tlg carikan kerja kat aku... Dia kata dia akan tlg aku.. Thanks man...

Oklah, nak submit resign letter.. Apa2 aku update...

31 October 2009

Aduhai....


Aku sekarang dah tak hepi keja kat Suntech.. Byk masalah.. Dengan nenek kebayan... Mamat Botak... Mcm sialan...

Aku baru2 ni ada masalah keluarga.. Bapa aku sakit.. Aku terpaksa ambik Emergency Leave la.. Dah nama EMERGENCY.. Mesti la urgent... Aku dah explain dah.. siap dah bagi medical report.. Itu pun nk question aku why..?? Why kena ambik cuti..??? Apa kejadahnya tanya aku soalan 2..??!!! Sial betul Mamat Botak.. Apa?? Dia xda bapa kot... Silap2 ANAK HARAM kot... Jenis yang tak pernah kenal bapa sendiri.. Thats why dia bleh question benda2 ni...

Aku skrg tgh dok mempertimbangkan nk resign... mmg dah tak bleh tahan la keja kat sini.. Kalau ada org lain nak kerja kat Suntech ni, aku rasa baik lupakan ja la.. Sini layanan dia berat sebelah... mmg tak berbaloi... Hope aku buat keputusan yang betul.. Lepas ni nk kena cari kerja lain plak..


SENDIRI BUAT, SENDIRI MAU INGAT !!!

18 June 2009

Cinta Sementara

Mengenalimu,

Suatu keindahan dalam hidupku,
Kau hadir saat aku kehausan,

Dengan kasih sayang,
Kau menyinari hari-hariku,
Dengan gelak tawa dan gurauan manjamu,
Yang selama ini suram,
Tanpa warna-warna ceria,
Engkau menyuburkan kembali,
Kuntum-kuntum bunga yang layu kekeringan,
Di taman hatiku yang gersang,


Kini kau pergi menjauh dariku,

Terkapar-kapar aku keseorangan,

Meniti hari-hari yang tak pasti,
Apa yang harus aku lakukan,
Untuk aku memiliki dirimu???,
Kau di sana,
Aku di sini,

Mungkin sudah suratan,
Aku hanya mampu mengenalimu,
Tapi, bukan untuk memilikimu,
Walau apapun, akan kusimpan rasa ini,
Sehingga aku menjumpai cinta yang baru,
Izinkanlah aku,
Mencintaimu dalam gelap malam,
Sunyi ini....

01 June 2009

Dimanakah "Mereka"?????



Pada 6 September 2008, seperti kita semua sedia maklum kebanyakkan kawasan negeri Pulau Pinang telah dilanda banjir. Banjir kali ini dilaporkan antara yang paling teruk telah melanda Pulau Pinang. Sedih melihat kejadian yang menimpa orang2 kampung disana. Banyak harta benda telah rosak dan ada yang dihanyutkan arus air. Kebanyakkan mangsa banjir disana adalah orang2 tua. Melihat kepada kesusahan mereka, terasa sedih dan geram.

Dapat dilihat ahli2 politik (pelbagai parti) datang memberi bantuan makanan kepada mangsa banjir untuk berbuka puasa. Terdetik dihati, ada juga yang sudi datang memberi bantuan dikala mereka menghadapi kesusahan. Tak kisah la apa niat mereka datang memberi bantuan. Samada benar-benar mahu membantu atau hanya untu

k kepentingan politik, semua tu tak diambil kisah. Melihat ada pihak yang datang membantu sudah cukup melegakan hati mangsa2 banjir.



Namun terkilan dihati ini dan tertanya-tanya di kepala otak ni, diMANAkah pegawai-pegawai Majlis Agama Islam?? Tidak kah mereka tahu akan masalah yang dihadapi?? Adakah mereka buta untuk melihat?? Adakah mereka pekak untuk mendengar?? Kenapa mereka tidak pernah datang membantu mangsa banjir dikampung tersebut?? Adakah kerana mereka sibuk dengan aktiviti mencari orang yang ponteng puasa?? Adakah

mereka sibuk dengan aktiviti mencari pasangan khalwat?? Kalau ada aktiviti seperti ini, cepat benar mereka pergi. Kenapa?? Inikah motto & visi Majlis Agama Islam ?? Adakah itu yang lebih penting atau membantu orang lebih penting ?? Atau Majlis Agama Islam itu sendiri tak mempunyai sumber kewangan untuk membantu oran

g susah ?? Musyikil juga, tak kan la tak ada langsung peruntukan untuk bencana. Sedangkan zakat dikutip untuk membantu mereka yang memerlukan.


Islam mengajar kita membantu orang2 yang dalam kesusahan tanpa membilang bangsa & agama. Tapi diMANAkah mereka ketika mangsa banjir ini memerlukan bantuan ?? DiMANAkah mereka ?? Kenapa mereka tak datang membantu sedangkan persatuan-persatuan agama lain boleh datang membantu mereka yang susah?? Adakah ini yang nak ditunjukkan oleh Majlis Agama Islam?? Adakah ini melambangkan betapa sombongnya pegawai-pegawai Agama Islam?? Ini menunjukkan betapa lemahnya pentadbiran Majlis Agama Islam. Ini juga memberi tanggapan yang buruk orang ramai terhadap Majlis Agama Islam sendiri. Orang akan berkata Majlis Agama Islam hanya untuk menangkap pasangan khalwat dan ponteng puasa daripada membantu orang yang mengalami kesusahan. Adakah ini yang Majlis Agama Islam mahukan ??



SENDIRI BUAT, SENDIRI MAU INGAT !!!

22 May 2009

Ayahanda (2)



Alhamdulillah... Keadaan ba dah beransur pulih.. Boleh dikatakan 80% pulih... Kini ba dah boleh berjalan seperti biasa..

Namun minggu lepas kami sekeluarga dikejutkan dengan sesuatu yang tidak diduga.. Bahagian kanan badan ba pula lemah.. tapi syukur la nothing serious... cuma blood circulation ja problem.. bkn another stroke..


Mudah-mudahan keaadan ba kembali normal... InsyaAllah...

23 March 2009

Ayahanda...

Tanggal 10 March 2009 jam 5.30ptg, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari mak mengatakan ba berada di hospital kerana sakit.. Tiba di hospital ba kelihatan letih dan tak bermaya.. Kata doktor, ba dapat 'stroke' separuh badan (kiri) akibat dari kolestrol yang tinggi.. hampir seminggu ba berada dihospital.. Kini ba berada di rumah tok di Sg. Pinang.. Keadaannya sekarang semakin baik.. Namun ba masih lemah untuk berdiri & berjalan.. Ini semua dugaan dari Allah.. InsyaAllah, ba akan pulih..

Amin..........