10 October 2008

Hidup..

Hidup ini boleh diumpamakan seperti roda yang berputar.. Kadang kala hidup kita ni berada diatas.. Kadang kala berada dibawah.. Putaran ini akan tetap berputar hinggalah kita kembali kepada Nya..

Dikala roda hidup kita berada dibawah, pelbagai onak dihadapi.. Namun hadapilah dengan tabah dan tenang.. Dan kita harus berpikiran positif, semua yang terjadi ini ada hikmahnya.. Kata orang ini adalah takdir dan ketentuanNya..

Sedarkah kita bahawa kita tidak lah boleh hanya berharapkan pada takdir saja.. Tanpa usaha dan izinNya, dapatkah kita memiliki apa yang kita mahu?? Sebagai contoh, seorang pelajar mendapat 10A dalam peperiksaan.. Adakah ini takdirnya..?? Atau adakah ini kerana takdir dan usahanya serta dengan izinNya, pelajar itu mendapat kepujian dalam peperiksaan..?? Bagi saya, usaha itu penting.. Kerana tanpa usaha kita takkan dapat apa yang kita inginkan..

Adakah rezeki dan jodoh akan datang begitu saja tanpa ada apa-apa usaha dan hanya berharap pada takdir..?? Dan memberi alasan bahawa ini sudah ketentuanNya..?? Usahlah lagi kita memberi alasan bahawa ini sudah takdirnya.. Kerana dengan alasan dan pemikiran begini, hidup kita tak akan kemana..

Oleh itu, apa jua yang kita hadapi janganlah kita hanya berharap pada takdir.. Kita harus berusaha mendapatkannya.. Mereka yang hanya berharap pada takdir saja adalah orang-orang yang GAGAL..


SENDIRI BUAT, SENDIRI MAU INGAT !!!

Selamat Hari Raya...


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam terutama sekali kepada keluarga, teman, sahabat, rakan-rakan serta semua yang mengenali..

Semoga Syawal yang datang ini memberi penuh makna & pengajaran kepada semua setelah menempuh dugaan & cabaran Ramadhan.. Dan saya berharap Ramadhan kali ini mengajar kita erti keinsafan & kesyukuran..

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin..