18 June 2009

Cinta Sementara

Mengenalimu,

Suatu keindahan dalam hidupku,
Kau hadir saat aku kehausan,

Dengan kasih sayang,
Kau menyinari hari-hariku,
Dengan gelak tawa dan gurauan manjamu,
Yang selama ini suram,
Tanpa warna-warna ceria,
Engkau menyuburkan kembali,
Kuntum-kuntum bunga yang layu kekeringan,
Di taman hatiku yang gersang,


Kini kau pergi menjauh dariku,

Terkapar-kapar aku keseorangan,

Meniti hari-hari yang tak pasti,
Apa yang harus aku lakukan,
Untuk aku memiliki dirimu???,
Kau di sana,
Aku di sini,

Mungkin sudah suratan,
Aku hanya mampu mengenalimu,
Tapi, bukan untuk memilikimu,
Walau apapun, akan kusimpan rasa ini,
Sehingga aku menjumpai cinta yang baru,
Izinkanlah aku,
Mencintaimu dalam gelap malam,
Sunyi ini....

01 June 2009

Dimanakah "Mereka"?????



Pada 6 September 2008, seperti kita semua sedia maklum kebanyakkan kawasan negeri Pulau Pinang telah dilanda banjir. Banjir kali ini dilaporkan antara yang paling teruk telah melanda Pulau Pinang. Sedih melihat kejadian yang menimpa orang2 kampung disana. Banyak harta benda telah rosak dan ada yang dihanyutkan arus air. Kebanyakkan mangsa banjir disana adalah orang2 tua. Melihat kepada kesusahan mereka, terasa sedih dan geram.

Dapat dilihat ahli2 politik (pelbagai parti) datang memberi bantuan makanan kepada mangsa banjir untuk berbuka puasa. Terdetik dihati, ada juga yang sudi datang memberi bantuan dikala mereka menghadapi kesusahan. Tak kisah la apa niat mereka datang memberi bantuan. Samada benar-benar mahu membantu atau hanya untu

k kepentingan politik, semua tu tak diambil kisah. Melihat ada pihak yang datang membantu sudah cukup melegakan hati mangsa2 banjir.



Namun terkilan dihati ini dan tertanya-tanya di kepala otak ni, diMANAkah pegawai-pegawai Majlis Agama Islam?? Tidak kah mereka tahu akan masalah yang dihadapi?? Adakah mereka buta untuk melihat?? Adakah mereka pekak untuk mendengar?? Kenapa mereka tidak pernah datang membantu mangsa banjir dikampung tersebut?? Adakah kerana mereka sibuk dengan aktiviti mencari orang yang ponteng puasa?? Adakah

mereka sibuk dengan aktiviti mencari pasangan khalwat?? Kalau ada aktiviti seperti ini, cepat benar mereka pergi. Kenapa?? Inikah motto & visi Majlis Agama Islam ?? Adakah itu yang lebih penting atau membantu orang lebih penting ?? Atau Majlis Agama Islam itu sendiri tak mempunyai sumber kewangan untuk membantu oran

g susah ?? Musyikil juga, tak kan la tak ada langsung peruntukan untuk bencana. Sedangkan zakat dikutip untuk membantu mereka yang memerlukan.


Islam mengajar kita membantu orang2 yang dalam kesusahan tanpa membilang bangsa & agama. Tapi diMANAkah mereka ketika mangsa banjir ini memerlukan bantuan ?? DiMANAkah mereka ?? Kenapa mereka tak datang membantu sedangkan persatuan-persatuan agama lain boleh datang membantu mereka yang susah?? Adakah ini yang nak ditunjukkan oleh Majlis Agama Islam?? Adakah ini melambangkan betapa sombongnya pegawai-pegawai Agama Islam?? Ini menunjukkan betapa lemahnya pentadbiran Majlis Agama Islam. Ini juga memberi tanggapan yang buruk orang ramai terhadap Majlis Agama Islam sendiri. Orang akan berkata Majlis Agama Islam hanya untuk menangkap pasangan khalwat dan ponteng puasa daripada membantu orang yang mengalami kesusahan. Adakah ini yang Majlis Agama Islam mahukan ??



SENDIRI BUAT, SENDIRI MAU INGAT !!!