21 July 2011

Bersih Ke..???

Lama rasanya tak menulis dalam blog nih... Sunyi sepi jaa... hmm... Bukan apa, sibuk skit dgn kerja dan kehidupan...
Hari nak cakap skit pasai satu perhimpunan nih... Walaupon, perkara nih dah lama berlaku tapi aku nak suarakan skit laa pendapat aku pasai perkara nih... Tanggal 9 Julai 2011, satu perhimpunan telah berlaku di Kuala Lumpur... Satu badan yg menggelarkan diri depa sebagai 'BERSIH' mendakwa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya nih tak bersih, tak telus, apa pon tak laa senang cakap... Disebabkan itu, depa nih a.k.a 'BERSIH' nih bertindak mengadakan satu perhimpunan besar untuk menunjukkan rasa ketidakpuasan hati depa terhadap suruhanjaya nih dan pihak kerajaan...
Tapi sedar tak depa nih yg tuduh pihak berkenaan tak telus, pihak pembangkang telah memenangi dan menguasai 4 negeri, (Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kelantan) Perak pon hampir2 dapat... Lagi kata tak telus... Aku binggung dan hairan dgn sikap sesetengah pihak yg berfikiran mcm tuh... Come on... Matang kan skit fikiran tuh... Jangan taksub sgt dgn kata2 pihak pembangkang...
Perhimpunan tuh di dalangi oleh 'orang2' pihak pembangkang... Itu yg aku nmpk laa... Menggunakan nama 'BERSIH' untuk mengaburi mata 'rakyat2' yg buta dan tak peka demi kepentingan diri sendiri... Yang menghadiri perhimpunan tuh bukan calang2 org... Semua berpelajaran tinggi, ada akal pikiran tp tetap ikutkan kehendak hati mengalahkan otak dan akal... Berarak beramai2, menjerit2, memperkatakan ketidakpuasan hati... Lagi satu pihak plak menggelarkan mereka nih 'PATRIOT' pon buat jugak... tak mau kalah...
Sedar tak, yg semua nih hanya merugikan rakyat daripada menguntungkan...??? Kalu di tanya pada yg sokong perhimpunan mcm nih, memang depa marah aku laa... Kata aku tak sedar apa yg berlaku sebenarnya.. Kemudian depa salahkan pihak polis plak yg menghalang depa berhimpun... Katanya depa ada kebebasan untuk berhimpun... Siap bagi aku satu akta... Tp, ada tp gak, tp sedar tak atau faham tak pasai apa polis buat mcm tuh...?? Sbb tak mau bg kedua2 pihak, 'BERSIH' dan 'PATRIOT' nih bertembung... Bayangkan laa kalu kedua2 pihak nih bertembung, tak ka haru namanya... Mungkin kecoh jadinya... Sedar tak..???? Tak sedar kan...??? Yg depa tau nak salahkan balik pihak berkuasa...
Nampak sgt diri tuh dah terlalu taksub dgn agenda2 demi kepentingan diri sendiri nih... Aku bukan nak sokong mana2 pihak, tapi yg salah tetap aku tegur... So, sebagai manusia yg diberikan akal dan fikiran, guna laa... Jgn ikut sgt kata hati... Jangan mudah sgt nak terpengaruh... Jangan taksub sgt... Ingat, negara kita nih negara berpelembagaan... Kita ada Raja sebagai Ketua Negara... Kalau dah rasa diri tuh tak bleh nak menghormati lagi negara nih, Raja, Agama Islam sebagai Agama Rasmi negara nih, pi jaa kat imigresen mohon batalkan kewarganegaraan then pi laa kat negara lain yg rasa bleh memenuhi kehendak hati tuh....
So, pikir laa btol2... Jgn timbulkan kekecohan kat negara nih yg aman sejak dulu lagi... Ini pandangan aku, kalu tak setuju dgn pendapat aku or pandangan aku nih, ada aku kesah...???

1 comment:

Anonymous said...

mmg tak sokong lgsung aktiviti mcm neh!!